Setiap wanita impikan kulit yang halus, gebu dan cerah
kerana ianya menyerlahkan kejelitaan seseorang dan tampak lebih menawan. Maka,
tidak hairanlah jika wanita sanggup menghabiskan wang ringgit bagi mencuba
pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran .Banyak produk kecantikan
dipasaran yang menjanjikan kulit gebu , putih , menghilangkan bintik hitam ,
jerawat , jeragat, tegang dan sebagainya,malangnya dalam sesetengah kes , muka
bukan bertambah cantik tetapi menjadi semakin rosak dan lebih teruk dari yang
asal.
Yang lebih malang lagi, ia menyebabkan kesihatan diri terjejas. Semua ini
berlaku kerana sikap ketidakprihatinan pengguna yang mudah terpengaruh dan
tidak membuat kajian awal sebelum menggunakan sesuatu produk. Jalan mudah bagi mengetahui samada produk
kecantikan anda selamat atau tidak adalah dengan mendapatkan nombor kelulusan
dari kementerian kesihatan Malaysia(KKM).
S : KENAPA ADA SESETENGAH PRODUK TIDAK MENDAPAT KELULUSAN
KKM?
J : Ini kerana produk tersebut mengandungi racun yang
sangat bahaya kepada pengguna, seperti hidrokuinon, tretinoin, raksa ,
monobenzil, asid askorbik, peroksida dan sebagainya.
S : WALAUPUN TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA PIHAK KKM,
KENAPA MASIH RAMAI YANG MEMILIH PRODUK-PRODUK DEMIKIAN ?
Antara sebab utama kenapa produk beracun ini digemari
ramai adalah :
Produk yang mengandungi racun member kesan yang lebih
cepat untuk memutih, menghilangkan jerawat,jeragat dan sebagainya. Pengguna
yang tidak sabar pasti menyukai kesan yang cepat begini tanpa mengetahui risiko
kerosakan pada wajah dan kesihatan yang mereka bakal hadapi.
- Harganya lebih rendah kerana bahan yang tidak berkualiti.
- Pengguna terpengaruh oleh iklan palsu yang hebat.
- Pengguna tidak tahu akan bahaya racun dalam kosmetik.
- Sikap pengguna yang ambil mudah untuk menjadi cantik dalam masa yang singkat.
S :APAKAH KESAN AKIBAT MENGGUNAKAN PRODUK KECANTIKAN YANG
MENGANDUNGI RACUN TERSEBUT?
J : secara amnya, bahaya racun-racun tersebut boleh
diringkaskan seperti berikut :
a) HIDROKUINON.
Iaitu racun yang selalu digunakan dalam krim malam dan krim pemutih. Racun ini
telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali dibawah kawalan doctor/farmasi.
Hidrokuinon sebenarnya adalah bahan peluntur filem, getah, rambut dan
sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis)
dan menghalang pembentukan melanin (melanin adalah pigmen pada kulit yang bertindak
sebagai pelindung yang member warna kepada kulit).Penghakisan melanin dengan
cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang,
akan tetapi sebenarnya kulit yang putih itu adalah akibat hakisan hidrokuinon
tersebut.
Penggunaan
hidrokuinon secara berterusan menyebabkan kulit menjadi semakin nipis dan
sensitf, kemerahan, rasa pedih dan rasa kulit seperti dibakar. Kehilangan
lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan menyebabkan kulit mudah terdedah
kepada sinaran ultraviolet yang sangat bahaya dan menyebabkan kanser kulit.
Jika
penggunaan kosmetik berasaskan hidrokuinon ini tidak dihentikan dengan segera,
penipisan kulit terus berlaku sehingga merebak pada lapisan kulit yang kedua
(dermis) yang mengandungi saluran darah. Pada tahap ini hidrokuinon boleh
terperangkap dibawah kulit mengakibatkan kulit berbintil hodoh dan lebih malang
lagi jika ia diserap kedalam saluran darah dan dipam oleh jantung ke seluruh
tubuh dan mengakibatkan kerosakan ginjal.
Ringkasnya,
hidrokuinon boleh menyebabkan
- kulit menggelupas, nipis, pedih, kemerahan, dan sensitive
- kulit yang nipis mengakibatkan risiko kanser kulit lebih tinggi kerana kulit hilang pelindungan.
- wajah akan lebih cepat tua
- hidrokuinon yang diserap kedalam saluran darah boleh menganggu fungsi organ manusia
b) Raksa
/merkuri ialah logam berat yang sangat beracun, seperti hidrokuinon, ia juga
dirumus sebagai agen pemutih. Ianya sangat berbahaya kerana ia mudah diserap ke
dalam darah, mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak,
mematikan sel darah dan mencacatkan janin
c) Tretinoin/
Ratin-A ianya digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Ianya sangat
bahaya kerana boleh menyebabkan keracunan pada organ hati.
S :BAGAIMANAKAH UNTUK MENGENALPASTI PRODUK YANG
DILULUSKAN OLEH KKM?
J : Dibawah ‘ peraturan –peraturan kawalan dadah dan
kosmetik 1984’, semua produk kosmetik hendaklah didaftarkan dengan BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFK), KKM untuk diuji dan disahkan
selamat dan tiada bahan berbahaya sebelum dipasarkan kepada pengguna. Produk
yang diluluskan akan diberi ‘NOTIFICATION NOTE’ pada setiap item sebgai contoh
NOT1234567K atau MAL07081506XC. Nombor-nombor ini kebiasaanya tercatat pada
setiap botol atau kotak pembungkus setiap produk. Jadi anda boleh memeriksa
sendiri keselamatan produk dengan melayari portal.bpfk.gov.my .
CREDIT : BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment