Sakit
kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit
kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
- Sakit kepala kerana tekanan
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala kerana migrain
Sakit
kepala tekanan adalah disebabkan
oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental
atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan
sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala
juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang
itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup,
tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit
kepala sinus ialah disebabkan oleh
keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya
menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala
jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain.
Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat?
Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Supplement/vitamin
yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee
mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang
dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah
insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu
dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan
fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar
kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk
metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi
kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah
dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala
migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting
untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh
tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing
B Complex
Vitamin
B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu
mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex
Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi
juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment