Pages

28 October, 2013

Tips kurus : 7 perkara tingkatkan metabolisma badan

Apa itu Metabolisme?

Berbicara soal metabolisme, ramai orang tahu bahawa mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan lebih cepat membakar kalori. Namun apakah metabolisme yang sebenarnya? Metabolisme didefinisikan sebagai kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan menjalankan aktiviti yang sama. Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua reaksi kimia yang terlibat dalam mempertahankan keadaan hidup sel-sel dan organisma.

Pernahkah terjadi?

Anda dan teman-teman makan dan melakukan aktivit kecergasan yang sama, namun tetap juga anda memiliki berat badan yang melebihi mereka. Mengapa itu boleh berlaku? Walaupun jenis makanan dan senaman yang dilakukan tiada beza, tetapi kadar pembakaran kalori dalam tubuh setiap orang adalah berbeza.

Faktor-faktor yang mempengaruhi metabolisma badan manusia?

Usia

Tahukah anda bahawa kadar metabolisme akan menurun lima peratus dalam tempoh sepuluh tahun selepas usia seseorang itu mencecah 40-an? Walaupun tubuh masih mampu membakar kalori dengan kadar segera, ia tetap tidak sepantas ketika anda masih muda.

Jantina

Faktor jantina juga mempengaruhi. Wanita membakar kalori lebih perlahan berbanding lelaki. Lelaki mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih. Jika disertakan dengan pengambilan makanan secara sihat dan senaman kerap, agak sukar bagi kaum lelaki mengalami kenaikan berat badan.

Genetik

Selain itu, warisan genetik juga menjadi faktor. Jika kebanyakkan ahli keluarga anda berbadan besar dan pengidap penyakit berkaitan berat badan seperti obesiti, kemungkinan anda memiliki kadar metabolisme yang rendah juga sangat tinggi.

Masalah tiroid

Masalah tiroid mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif) danHyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif). Kelenjar tiroid memainkan peranan penting dalam metabolisme badan dan penting untuk penjanaan tenaga. Jika kelenjar tiroid menjadi kurang aktif dalam keadaan hipotiroid, sistem metabolisme badan akan menjadi perlahan dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Kebanyakkan kita beranggapan bahawa pertambahan berat badan dikaitkan dengan masalah tiroid, sebenarnya tidak.


7 Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme
1.   Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.
2.   Bina otot : badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.
3.   Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
4.   Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama !
Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
5.   Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolisma.
6.   Tambahkan protein dalam diet  : Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan, ini kerana badan kita membakar kalori 2 kali ganda semasa menghadam protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Ikan seperti Salmon contohnya mempunyai asid lemak Omega 3 yang meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.
7.   Tidur yang cukup : kajian mendapati tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisma badan menurun,meningkatkan selera makan dan meningkat risiko kenaikan berat badan. Cuba dapatkan tidur yang cukup sekitar 7-8 jam sehari.


No comments:

Post a Comment