Menapause atau putus haid kekal bermaksud wanita tersebut tidak akan mengeluarkan ovum dan tidak mungkin akan melahirkan anak.
Menopause biasanya terjadi apabila seseorang berumur 51 tahun dan keatas. Early menapouse (menopause awal) dialami oleh mereka yang putus haid sebelum umur 40 tahun.
Antara faktor yang menyebabkan menopause awal ialah :
- pembedahan & pembuangan organ pembiakan (ovari atau uterus)
- kanser
- kemoterapi atau radioterapi
- pengambilan ubat tertentu dan sebagainya
Perubahan yang dialami semasa proses menopause boleh dibahagi ke pada dua iaitu perubahan jangka masa pendek dan perubahan jangka masa panjang.
Perubahan jangka masa pendek
Pasangan dan ahli keluarga perlu memberi perhatian apabila seseorang wanita melalui proses menopause.Antara perubahan yang dialami ialah :
- Hot Flash - keadaan panas dan kemerahan dimuka , berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh. Kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular ke leher dan bahagian badan yang lain.
- mudah terasa dan tersinggung
- kurang daya ingatan
- emosi berubah-ubah
- kencing tidak terkawal , kerap kencing
- rambut banyak gugur
- mudah mendapat ruam
- susah tidur
- keletihan
- kurang daya seks
Perubahan jangka masa panjang
- Risiko wanita mendapat sakit jantung meningkat.
- Osteoporosis (density tulang berkurang- tulang reput )
- Stroke
Perubahan ini berlaku akibat penurunan hormon estrogen . Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam melindungi jantung dan tulang wanita. Hormon estrogen juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. kekurangan hormon estrogen menyebabkan emosi mereka terganggu dan menjadi sensitif.
Apa persediaan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi Menopause?
1. Bersenam, bersenam dan bersenam
- memastikan jantung sentiasa sihat .
- mengelak kehilangan ketumpatan tulang (osteoporosis) setelah menopause
- mengelakkan pertambahan berat badan selepas menopause.
2. Berhenti merokok, kurangkan teh dan kopi
rokok , teh dan kopi meningkatkan risiko kehilangan ketumpatan tulang dan sakit jantung.
3. Amalkan supplemen seperti kalsium dan Vitamin D.
Anda memerlukan sekurang-kurangan 1200 mgs kalsium dan 800 micrograms vit D.
4.Makan makanan berasaskan soya seperti tofu dan susu soya. Soya mengandungi bahan semulajadi , phyto oestrogen yang bertindak menyerupai estrogen dalam badan manusia. Makanan berasaskan soya boleh mengurangkan simptom-simptoms yang dialami wanita menopause.
5. GLA atau gamma lenolenic acid juga membantu membekalkan omega 6 dan 9 yang bagus untuk kulit dan emosi wanita.
6. Be positif.
Sentiasa ingatkan diri anda , menopause tidak akan meragut kehidupan anda.
Ini antara pilihan supplement untuk membantu anda menjalani proses menopause dengan lebih gembira.
Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.
^_^
UNTUK PESANAN , HUBUNGI
Puan Junainah
Shaklee Independent Distributor : ID 906059
Hp : 013-6484929
Emel : miszjueshoppe@gmail.com
Fb: Jue Ja'apar
Fanpage : Misz Jue Shoppe



No comments:
Post a Comment