Pages

05 December, 2013

Kebaikan Omega 3 untuk wanita.


Omega 3 bagus untuk kesihatan jantung


Tahukah anda, pengambilan Omega 3 dapat mengurangkan risiko untuk anda menghidap sakit jantung dan stroke?.

Kandungan EPA dan DHA dalam Omega 3 dapat menurunkan tahap kolesterol ‘jahat’ dalam darah , merendahkan tekanan darah dan menghalang pengerasan arteri. Omega 3 mencairkan darah pekat menjadikan pengaliran darah berlaku dengan lebih lancar.

Dengan erti kata lain, Omega 3 dapat menghasilkan  ‘highway yang bebas traffic!’. Traffic boleh diibarat sebagai kehadiran plak yang melekat pada salur darah, menyebabkan salur darah menjadi sempit.

Kebaikan omega 3 untuk wanita mengandung


Jika anda mengandung dan menyusukan anak, anda memerlukan dosage omega 3 yang lebih tinggi untuk menyokong kesihatan anda dan perkembangan anak dalam kandungan anda/yang anda susukan.

Selain itu, pengambilan Omega 3 dapat mengurangkan risiko anda daripada mengalami pre-eclampsia, kelahiran bayi pra-matang dan bayi besar.

Menurut The American Pregnancy Association Omega 3 dapat mengurangkan depresi selepas bersalin aka meroyan.

Kebaikan Omega 3 yang lain


Omega 3 turut mengurangkan simptom Rheumatoid Arthritis . Omega 3 mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi.

Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan membolehkan ia memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif.

Sumber omega 3


Sumber omega 3 yang terbaik ialah daripada ikan dari laut sejuk. Anda juga boleh memperolehi omega 3 daripada sumber tumbuhan seperti flaxseed, kekacang , dan lain-lain lagi. 

Tetapi omega 3 dari tumbuhan hanya mengandungi ALA, sedangkan Omega 3 daripada ikan laut sejuk mengandungi DHA, EPA dan ALA.

Mereka yang tidak makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu digalakkan mengambil supplemen omega 3. 

***Perhatian : Pastikan anda mendapat konsultasi daripada doktor sebelum anda mengambil suplemen Omega 3.



013-6484929
miszjueshoppe@gmail.com

No comments:

Post a Comment