Anencephaly adalah kecacatan pada bayi dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala dan otak. Ia adalah sejenis kecacatan pada saraf tunjang.
Kebiasaannya kecacatan ini berlaku pada bulan pertama wanita mengandung dimana wanita itu sendiri tidak sedar/ tidak tahu mereka mengandung.
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dengan anencephaly akan mati sejurus mereka dilahirkan.
Wanita boleh mengambil langkah pencegahan sebelum dan semasa mengandung untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi yang dilahirkan cacat. Antaranya dengan mengambil multivitamin bersama asid folik (400 micrograms), tidak merokok dan meminum minuman alcohol semasa mengandung.
Penyebab
Menurut kajian yang dijalankan oleh Center of Disease Control , banyak factor yang menyebabkan kelahiran bayi tanpa otak dan tempurung kepala, antaranya genetik, sikap dan persekitaran.
Disini saya sertakan penemuan penting tentang factor yang menyebabkan anencephaly :
1) kurang mengambil asid folik sebelum mengandung dan awal kandungan.
2) Terdapat pengurangan kes kecacatan bayi akibat kecacatan saraf tunjang (spina bifida dan anencephaly) di US sebanyak 27% apabila mereka mula mengamalkan bijirin bersama asid folic.
3) Bayi yang dilahirkan oleh ibu berketurunan Hispanis mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi anencephaly. Sebabnya masih lagi tidak difahami.
• rujukan dibawah
Bila sepatutnya asid folik perlu diambil?
- sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum wanita mengandung.
- 12 minggu pertama, otak dan system saraf bayi dalam rahim akan berkembang dengan cepat.
- Tetapi apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu minggu 13 seterusnya pengambilan folik asid boleh dihentikan . tetapi anda digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
-bayam, 1 cawan;
-kacang bendi, setengah cawan;
-asparagus, setengah cawan;
-lentil, setengah cawan;
-hati, 1 keping;
-11 kubis brussels;
-kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
-emping bran, 7 sudu makan;
-germa gandum, 25g / 1 aun;
-betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
-brokoli kukus, 2 pucuk;
-buah oren saiz besar;
-nasi putih, setengah cawan;
-oat, setengah cawan;
-kacang merah, setengah cawan;
-jagung saiz besar, 1;
-biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Rujukan.
1)Parker SE, Mai CT, Canfield MA, Rickard R, Wang Y, Meyer RE, et al; for the National Birth Defects Prevention Network. Updated national birth prevalence estimates for selected birth defects in the United States, 2004-2006. Birth Defects Res A Clin Mol Teratol. 2010;88(12):1008-16.
2)CDC. Spina Bifida and Anencephaly Before and After Folic Acid Mandate --- United States, 1995--1996 and 1999—2000. MMWR. May 7, 2004 / 53(17);362-365.
3)Williams LJ, Rasmussen SA, Flores A, Kirby RS, Edmonds LD. Decline in the prevalence of spina bifida and anencephaly by race/ethnicity: 1995-2002. Pediatrics. 2005;116(3):580–6.


No comments:
Post a Comment