Apa itu diabetes (kencing manis)
Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan kerana kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas atau kedua-duanya sekali. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.
Bagaimana diabetes berlaku ?
Orang biasa
Dalam keadaan normal , makanan yang dimakan akan ditukar ke
dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini akan diserap ke dalam darah .
Insulin akan membantu mengunakan glukosa ini sebagai sumber tenaga.
Pesakit diabetes
Apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsi insulin
terjejas , paras gula dalam darah akan meningkat . keadaan ini dipanggil
diabetes.
Jenis-jenis diabetes
Jenis 1- diabetes yang bergantung pada insulin
- selalunya terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
- Disebabkan kekurangan insulin
- Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin , kawalan permakanan dan senaman
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Jenis 2- diabetes tanpa bergantung pada insulin
- Selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa (40 tahun keatas) dan individu yang punya berat badan berlebihan
- Disebabkan kekurangan insulin atau hormon insulin sedia ada tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu (rintangan insulin aka insulin resistance )
- Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawal pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

.jpg)

