Pages

03 December, 2013

SLE DAN SHAKLEE


 Apakah SLE?


Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
 
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).


Jenis-jenis Lupus
 
Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian
Statistik
 
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.


___________________________________________________________________________________

Supplemen Shaklee yang boleh membantu pesakit SLE


Ada beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit SLE, antaranya :

1.VIVIX - kerana VIvix membantu dalam pemulihan sel. Pesakit SLE menghadapi masalah kerana sistem immune badan pesakit menyerang tubuh pesakit itu sendiri.  VIVIV merupakan produk revolusi dari Shaklee yang membantu memulihkan sel pada peringkat selullar. Shaklee juga merupakan satu-satunya yang memeliki paten VIVIX, dengan erti kata lain, anda tidak akan menjumpai vivix dari company-company lain.
2. GLA complex - kajian menunjukkan pesakit SLE kebiasaanya mempunyai paras GLA yang kurang dalam badan. GLA membantu menghasilkan " anti-inflammatory prostaglandin (PGE-1). ia mengurangkan aktiviti limfosit (komponen sel darah putih) dan seterusnya membantu mengurangkan simptom SLE.
3. Omegaguard - kajian yang diterbitkan dalam jurnal Asian Journal of pharmacy & Life Sciences menunjukkan pengambilan minyak Omega 3 dapat membantu melambatkan onset pesakit SLE dan membantu meningkatkan jumlah lipid dalam darah pesakit SLE.
4. Ostematrix - Penggunaan steroid dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan menyebabkan osteoporosis dalam kalangan pengidap SLE. Jadi pengambilan Kalsium yang lengkap dengan Vitamin D amat penting bagi memastikan pesakit SLE mempunyai bekalan kalsium yang mencukupi.

perlu diingatkan , ada juga supplemen shaklee yang TIDAK sesuai untuk pesakit SLE, termasuk Vitale,Zinc, Alfalfa dan Nutriferon.

kredit : mamafaiz & dunianutrisi

No comments:

Post a Comment